Monday, December 6, 2010

Doa Menyambut Awal Muharam(Maal Hijrah)

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركات


Sempena menyambut Awal Muharam. marilah kita beramal sekadar
termampu..mudah-mudahan diterima Allah...

Doa akhir tahun.Dibaca pada akhir waktu asar (lebih kurang 2o min
sblm mghrib).
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan
berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Doa Akhir Tahun:



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan
ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan
dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah
daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku
telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya
untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan
taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa
itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka
ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang
Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala
atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai
Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan
wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku
dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai
Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan
mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa awal tahun. dibaca slps solat magrhrib hari tersebut.
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya
akan
terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang
tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli
keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas
mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang
awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang
melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan
kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun
ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya
dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan
kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan
Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih
dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

No comments: