Wednesday, March 7, 2012

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Sunday, February 5, 2012

Daun Bidara & Khasiatnya




Salah satu ikhtiar yang diusahakan di Darussyifa’ ialah rawatan menggunakan daun bidara. Ia secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersihat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :

“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara du abatu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”

Dalam contoh lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat selain dimandikan dengan air bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran air dengan daun bidara. Ini menunjukkan terdapat khasiat khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.

Kaedah rawatan :

Ambil sekurang-kurangnya 21 helai daun bidara untuk kegunaan tiga hari iaitu setiap hari menggunakan 7 helai. Ambil tujuh helai daun bidara ini kemudian tumbuk dengan lesung batu sehingga separuh hancur. Campurkan daun yang separuh hancur itu dengan air yang telah didoaka. Minum sedikit air ini kemudian dibuat bilasan mandi di waktu petang. Lakukan kaedah ini selama tiga hari berturut-turut.

Rujukan : Rawatan Penyakit Jasmani (I), Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

Sunday, October 30, 2011

software-belajar-tajwid-percuma

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركات

Website yg bagus untuk sesiapa yang belajar Tajwid, sila download di sini


Friday, October 14, 2011

Mahram Bagi Wanita

Mahram Bagi Wanita

Monday, August 15, 2011

Bacaan Rawatan Penyakit Rohani


Gila Meroyan
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Penyejuk
4. Ruqyah Nabawiyah
5. Doa Menghindar Syaitan

Nyanyuk 1. Doa {allahumma inni a'uzubika minal 'ajzi ...}
2. Surah al-Taubah : 128-129

Penerang Hati & Lupa 1. Surah al-Fatihah baca 7X
2. Surah al-Insyirah
3. Doa Penerang Hati
4. Doa Tambahan {allahummarhamni bitarkil ma'asi ...}

Marah / Panas Baran 1. Menyebuat A'uzubillah minasyaitainirrajim
2. Doa {allahummaghfirli zanbi ...}
3. Berwudu' / Mandi


Pelembut Hati 1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
3. Ayat Pelembut Hati {Surah Taa Haa : 1-5}
4. Doa Pelembut Hati

Sukar Tidur Malam
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Mengatasi Sukar Tidur
3. Doa Terkejut Daripada Tidur

Bayi Terkejut Dari Tidur
1. Surah al-Zalzalah
2. Surah al-Kahfi : 11-12
3. Surah Ali Imran : 18
4. Surah al-Isra' 110-111
5. Surah al-Taubah : 128-129

Was-Was
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Menghindar Syaitan
3. Ayat Kursi
4. Al-Mu'awwizat

Lemah Semangat 1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {Baca 7X}

Fobia / Darah Gemuruh
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa
3. Doa Atasi Fobia

Sakit Rindu
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Surah al-Qasas : 85

Masalah Rumahtangga 1. Doa Rumahtangga Bersatupadu
2. Ayat Seribu Dinar
3. Doa Kebahagian Rumahtangga {Surah al-Furqan : 74}

Trauma / Kecederaan

1. Surah al-Fatihah
2. Sayyidul Istighfar
3. Doa Mengatasi Kerunsingan
4. Doa Mengatasi Sukar Tidur

5. Doa Ketika Ditimpa Musibah
6. Doa {allahumma inni a'uzubika minal hammi ...}

Latah 1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Selawat Syifa'
4. Selawat Tafrijiyyah
5. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
6. Ruqyah Nabawiyah

Amukan 1. Baca {walyatalattaf ...} Surah al-Kahfi : 19
2. Surah al-Taubah : 128-129

Badi
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Penggerak
3. Doa Penyakit Badi
4. Tambahan
a. Selawat Tafrijiyyah
b. Doa Menghindar Syaitan

Kenan & Kecacatan Bayi 1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Penggerak
3. Doa Penyakit Badi
4. Doa Menjauhi Kenan

Gangguan @ Rumah / Pejabat 1. Surah al-Fatihah
2. Surah Yasin
3. Ayat Kursi
4. Surah al-Ikhlas
5. Surah al-Falaq
6. Surah al-Naas
7. Ruqyah Nabawiyah
8. Doa Menghindar Syaitan
9.
Doa Mendiami Tempat Baharu / Gangguan

Histeria Disebabkan Sihir 1. Surah al-Fatihah
2. Doa Menghindar Syaitan
3. Ayat Pembatal Sihir {Surah Yunus : 81-82}
4. Ayat Penunduk Sihir {Surah al-A'raf : 118-122} & {Surah Taa Haa : 69}
5. Ayat Pendinding Daripada Sihir {Surah al-Nisa' : 84} & {Surah Yusuf : 64}
6. Ayat Pemecah
7. Ayat Kursi
8. Ayat {ukhruj ya 'aduwwallah}

Histeria Disebabkan Rasukan Syaitan 1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
4. Ayat Kursi
5. al-Mu'awwizat

Histeria Pada Kanak-Kanak 1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Doa Nabi Sulaiman

Saturday, March 12, 2011

Doa Agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah SAW

Hasrat kita untuk berjumpa Rasulullah SAW di dalam mimpi adalah sungguh murni. Tidak wajar sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW yang tidak mempunyai angan-angan untuk berjumpa dengan nabi di dalam mimpinya ketika tidur.

Untuk mendengar kisah terbaru Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din bertemu dengan Nabi SAW di dalam mimpi juga amalan doa yang diamalkan oleh beliau sila klik di link berikut;