Tuesday, August 3, 2010

Ramadhan Handbook

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركات

Kedatangan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi, oleh itu diharapkan dengan adanya Ramadhan Handbook ini akan dapat memantapkan lagi amalan kita, InsyaAllah

Sumber free sharing

Ramadhan Handbook

Monday, August 2, 2010

Friday, July 30, 2010

Asyraf Imam Muda

Oleh Zaidi Mohamad
bhnews@bharian.com.my
2010/07/31

Asyraf (kiri) dan Hizbur.
Asyraf (kiri) dan Hizbur.
Graduan Usuluddin dan Fikah UM juara Imam Muda

KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, malam tadi.
Graduan Usuluddin dan Fikah Universiti Malaya (UM) itu menewaskan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, untuk merebut gelaran pertama Imam Muda.
Dengan kemenangan itu, Muhammad Asyraf menerima insentif berbentuk tawaran sebagai Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, Muhammad Asyraf juga menerima biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

Muhammad Asyraf ketika berucap sebaik menerima hadiah kemenangan mengucapkan terima kasih kepada isteri, ibu bapa, rakan-rakan dan penyokong yang mendoakan kejayaannya.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Astro, guru-guru, JAWI dan tenaga pengajar yang tidak kedekut ilmu, mursyid (mentor), mudir (pengetua), penonton dan wartawan yang menyebar luas (program Imam Muda).

“Hanya Allah SWT membalas jasa dan semoga kita bertemu pada program Imam Muda tahun depan,” katanya yang pernah berkongsi misinya mengubah persepsi masyarakat yang menganggap kerjaya imam hanya tertumpu di masjid dan majlis tertentu saja, sedangkan ia lebih meluas.

Naib juara, Hizbur Rahman pula membawa pulang biasiswa pakej Emas pengajian ke MEDIU, wang tunai RM15,000, trofi Imam Muda, iPhone, komputer riba, sijil penyertaan, kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah menarik lain.

Turut diumumkan sebagai kejutan ialah hadiah tawaran biasiswa pakej Perak melanjutkan pengajian ke MEDIU kepada lapan peserta Imam Muda lain. Mereka turut menerima pakej percutian ke Bandung, sebuah Iphone, trofi dan sijil penyertaan.

Lapan peserta yang dimaksudkan itu ialah Sharafuddin Suaut, Ahmad Syakir Zamri, Amiril Md Banin, Nik Muhammad Adib Md Amin, Muhammad Khairul Azhar Ghazali, Nuri Ali Arbain, Ahmad Hazran Ahmad Kamal dan Mohd Taufek Mohd.

Bagi cabaran akhir, Muhammad Asyraf dan Hizbur Rahman dikehendaki menyampaikan tazkirah, mengaji Al-Quran secara bertaranum, menyanyikan lagu zikir dan menjawab soalan berkisar hukum agama Islam secara spontan.

Segala aspek pemarkahan dan penilaian diadili Tuan Pengetua yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz. Beliau dibantu dua Mentor, Shahrizan Daud dan Syed Norhisyam Al Idrus, manakala Dzulkarnain Hamzah pula sebagai hos.

Imam Muda yang disiarkan Astro Oasis selama 10 minggu mencipta fenomena tersendiri biarpun kali pertama diterbitkan. Program realiti ini juga mencatat sejarah kerana mendapat liputan media antarabangsa.

INFO

Finalis Imam Muda


Nama Penuh: Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26
Asal: Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984
Bangsa: Melayu
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Imam
Nama Isteri: Nurhusna Yusof, 23
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah, Universiti Malaya
Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Syariah di UM


Nama Penuh: Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27
Asal: Baling, Kedah
Tarikh Lahir: 1 April 1983
Bangsa: Melayu
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Guru Tahfiz
Pendidikan: Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir), Universiti Al-Azhar, Mesir
Nama Isteri: Liliyana Hasanah Yudi, 23

Tuesday, June 29, 2010

Tabiat Makan Oleh Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Tabiat Makan

1. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

2. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.

3.Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)

4. Nabi kunyah 40 kali ketika makan.

5. Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.

6. Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya
= cermat, tertib, tidak boros.

7. Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan
= boros, tidak berapa peka, kurang teliti.

8. Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)
= sabar, tidak suka marah.

9. Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)
=suka marah, tidak dapat mengawal diri.

10.Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

Wednesday, May 5, 2010

CARA² UNTUK MENGEMBALIKAN BARANG HILANG

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركات

CARA² UNTUK MENGEMBALIKAN BARANG HILANG .INSYALLAH LAKUKAN SEPERTI ARAHAN
DI BAWAH,DENGAN IZIN ALLAH, IA MENJADI.

1. Ambil sehelai kain putih yang bersih sekurang-kurang satu kaki

2. Bentangkan kain tersebut secara melintang.

3. Bahagian yang melintang itu di lipat dengan tujuh lipatan di
mana setiap lipatan di baca bersama SURAH AL-FATIHAH sekali dengan SURAH
WAD DHUHA.) (jadi ada 7 x ALFATIHAH dan 7 x WAD DHUHA (disertakan niat
supaya ALLAH menolong kita dan membuka pintu hati si pencuri tersebut
memulangkan semula barang yg hilang)

4. Selepas habis 7 lipatan,ikat hujung kain sebelah kanan

5. Letakkan kain tersebut di tempat gelap contoh dalam laci,atau
bawah almari,atau mana² tempat gelap yang tidak di ketahui sesiapa kecuali
kite dan DIA sahaja.

6. Tunggu sehingga org yg mengambil barang kite itu memulangkan
semula barang tersebut ke tangan kite sendiri dan setelah kite memiliki
semula barang yg hilang tersebut,ambil semula kain yg diikat hujungnya
tadi,dan buka simpulan tersebut.(di sertakan dgn ucapan ALHAMDULILLAH)

INSYALLAH,,,dengan izin Allah ,ia akanberjaya.

Amalan tersebut di ajar oleh USTAZ ABDULLAH MAHMUD Penceramah Bebas.
WALLAH'HU AKLAM.

Tuesday, March 2, 2010

Resepi (Mee) Mi Udang

16 Rabiulawal 1431H
Email : mohd naim mohd zain

Bahan-bahan :
1 peket mi kuning
10 ekor udang
3 biji bawang merah
½ inci belacan
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sawi
Tauge
Daun bawang
Minyak secukupnya

Cara membuat:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan air rebusan udang.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan serbuk perasa.
4. Setelah sebati masukkan mi kuning dan udang. Kacau seketika.
5. Akhir sekali, angkat dan boleh hiaskan dengan sawi, tauge dan hirisan daun bawang.

Wednesday, February 24, 2010

Resepi Sos Yong Tau Foo

10 Rabiul Awwal 1431H
Email : mohd yusri selamat
resipi online


Sos Hitam
Bahan-bahan:
200 g taucu hitam (dikisar)
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sekejap.
2. Masukkan air, kacau seketika & biarkan mendidih
3. Masukkan kicap dan kacau
4. Masukkan gula & pekatkan sos dgn campuran tepung jagung tadi.

Sos Pedas
Bahan-bahan:
20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)
1 cawan air
2 sudu makan bijan
2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)
1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
garam, gula & cuka secukup rasa
2 sudu makan sos plum

Cara menyediakan:
1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak.
3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan campuran tepung jagung.
5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.

Sup Yong Tau Foo
Bahan-bahan:
2 cawan air
1 kiub ayam
Bebola/fishcake (bahan-bahan yong tau foo)
Garam & gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Didihkan air.
2. Masukkan kiub ayam maggi & kacau hingga larut.
3. Masukkan bebola/fishcake & masak hingga timbul.
4. Keluarkan bebola/fishcake.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa.